Philips HD2601 Toaster User Manual


 
Penting
Jangan sentuh permukaan-permukaan panas. Gunakan pemegang
atau tombol-tombol.
Untuk mengelak dari terkena kejutan elektrik, jangan rendamkan
kord dan palam ke dalam air atau cecair lain.
Penyeliaan diperlukan apabila peralatan digunakan berdekatan
dengan kanak-kanak atau oleh kanak-kanak.
Tarik palam dari outlet sebelum pembersihan. Untuk memutuskan
sambungan, tarik palam dengan menggenggam badan palam itu dan
menariknya dari outlet tersebut. Jangan sekali-kali menyentap atau
memulas kord untuk menarik palam.
Jangan gunakan peralatan ini jika kord atau palamnya rosak, jika ia
tidak berfungsi dengan sempurna, jika ia telah terjatuh, rosak, atau
terjatuh ke dalam air.Untuk mengelak dari terkena kejutan elektrik,
jangan bongkar peralatan ini. Kembalikannya ke lokasi di mana ia
telah dibeli supaya dapat diperiksa, dibaiki atau diubahsuai.
Pemasangan semula yang salah boleh menimbulkan risiko kejutan
elektrik apabila pembakar itu digunakan.
Gunakan peralatan itu hanya untuk tujuan yang dimaksudkan
seperti yang digambarkan dalam panduan ini. Jangan gunakan
aksesori yang tidak disarankan oleh Philips kerana ini mungkin
menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik atau kecederaan. injury.
Kebakaran mungkin berlaku jika pembakar ditutup atau
bersentuhan dengan bahan yang mudah terbakar, termasuklah
langsir, tabir, dinding dll, semasa sedang digunakan.Jangan gunakan
peralatan di bawah kabinet dinding.
Jangan cuba mengeluarkan makanan yang tersumbat semasa
pembakar terpasang.Tarik palam pembakar dan biarkan ia
menyejuk dengan sepenuhnya sebelum mengeluarkan sumbatan itu
dengan berhati-hati. Jangan gunakan pisau atau alat tajam yang
sebegitu kerana ini mungkin menyebabkan kerosakan pada elemen
pemanasan.
Jangan bersihkan peralatan dengan pad-pad sental logam. Bahagian-
bahagian kecil yang pecah dari pad itu boleh tersentuh dengan
bahagian-bahagian elektrik pembakar dan menimbulkan risiko
kejutan elektrik.
Peralatan itu dimaksudkan untuk penggunaan di rumah SAHAJA;ia
bukanlah untuk penggunaan komersial atau industri.
Sebarang kerja servis ke atas pembakar mesti dilakukan oleh
organisasi jualan runcit di mana ia telah dibeli.
Jangan gunakan peralatan tanpa pengawasan.
Langkah-langkah keselamatan asas perlu sentiasa dipatuhi semasa
menggunakan peralatan elektrik.
Baca kesemua arahan sebelum penggunaan.
BAHASA MELAYU12