BAHASA MELAYU14
C
2 Letakkan satu atau dua keping roti dalam pembakar.
C
3 Pilih penetapan pemerangan yang dikehendaki. Pengesan suhu
dan pembilang masa elektronik akan memastikan pembakaran
yang rata.
Pilih penetapan yang rendah (1-2) untuk roti yang dibakar sedikit dan
penetapan tinggi (5-7) untuk hasil pemerangan yang lebih.
C
4 Tolak tuil pembakaran ke bawah untuk menghidupkan peralatan
itu.
Tuil pembakaran akan kekal di kedudukan bawah hanya sekiranya
peralatan telah diplag masuk.
Jangan sekali-kali meninggalkan pembakar tanpa pengawasan semasa
sedang digunakan.
Peralatan akan menjadi panas apabila ia sedang digunakan. Jangan
sentuh bahagian-bahagian logamnya.
- Untuk mengalihkan bahan-bahan yang lebih kecil, anda boleh
menaikkan sedikit tuil pembakaran.
- Jika roti melekat dalam pembakar: tanggalkan palam dari soket
dinding, biarkan peralatan menyejuk sepenuhnya dan alihkan roti
dengan berhati-hati dari pembakar. Jangan gunakan objek-objek logam
untuk melakukan ini dan elakkan dari tersentuh bahagian-bahagian
logam pembakar.
5 Hentikan proses pembakaran.
Pembakar akan mati dengan automatik.Anda boleh menghentikan
proses pembakaran dan mengeluarkan roti itu pada bila-bila masa
dengan menekan butang STOP (BERHENTI).