Philips HR1821 Juicer User Manual


 
Perihalan umum (Gamb. 1)
A Penyimpanan kord
B Butang hidup/mati
C Unit motor
D Selak penutup
E Aci pemacu
F Cawan jus (jenis HR1821 sahaja)
G Penutup cawan jus dengan pengasing busa bersepadu (jenis HR1821 sahaja)
H Bekas pulpa
I Pengumpul pulpa
J Muncung
K Saring
L Tudung
M Tiub suapan
N Penolak
Menyediakan alat untuk penggunaan
1
Basuh kesemua bahagian yang boleh tercerai (lihat bahagian ‘Pembersihan’).
2 Gulungkan kord utama dari gelendong pada bahagian bawah perkakas (Gamb. 2).
3 Sambungkan bekas pulpa kepada unit motor. Anda akan terdengar bunyi klik apabila ia
terkunci dalam kedudukan betul (Gamb. 3).
4 Luncurkan muncung ke dalam pengumpul pulpa dan tolak sehingga anda terdengar bunyi
klik (Gamb. 4).
5 Tempatkan pengumpul pulpa di atas unit motor (Gamb. 5).
6 Letakkan penyaring di dalam pengumpul pulpa (Gamb. 6).
Sentiasa periksa penyaring sebelum menggunakannya. Jika anda mengesan sebarang keretakan atau
kerosakan, jangan guna perkakas itu dan hubungilah pusat servis Phillips yang terdekat atau bawa
perkakas itu kepada wakil penjual anda.
7 Letak penutup pada pengumpul pulpa (Gamb. 7).
Pastikan cangkuk pada penutup muat ke dalam lubang pada pengumpul pulpa.
8 Detapkan kedua-dua penyelak ke atas penutup untuk menguncinya pada tempatnya (klik).
9 Letak cawan jus ataupun gelas di bawah muncung itu.
10 Pasangkan plag di soket dinding.
Bahan dan petua
Gunakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar; ia mengandungi lebih banyak jus. Nenas, ubi bit,
batang saderi, epal, timun, lobak, bayam, tembikai, tomato, oren dan buah anggur sesuai diproses
dalam pemerah jus.
Anda tidak perlu mengupas kulit buah yang nipis. Hanya kulit tebal, contohnya kulit buah oren,
nanas dan akar manis yang tidak dimasak perlu dikupas. Empulur putih buah-buahan sitrus juga
perlu dikupas kerana rasanya pahit.
Semasa menyediakan jus epal, ingatlah bahawa kepekatan jus epal bergantung kepada jenis epal
yang digunakan. Semakin banyak jus epal itu, semakin cair jus yang dihasilkan. Pilihlah epal yang
akan menghasilkan jenis jus yang anda suka.
Jus epal berubah warna menjadi perang dengan cepat. Anda boleh melambatkan proses ini
dengan menambahkan beberapa titis jus lemon.
-
-
-
-
BAHASA MELAYU 19