Maklumat & perkhidmatan
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi masalah, sila kunjungi laman Web Philips di
www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh
mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat Layanan
Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan atau Jabatan Servis Syarikat
Perkakas Domestik dan Penjagaan Diri BV Philips.
Panduan menyelesaikan masalah
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang mungkin anda hadapi dengan pemerah jus anda. Sila
baca seksyen-seksyen yang berkenaan untuk mendapatkan butir-butir lanjut. Jika anda tidak dapat
menyelesaikan masalah anda, hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda (nombor
telefonnya terdapat di dalam risalah jaminan antarabangsa). Jika tiada Pusat Layanan Pelanggan di
negara anda, sila hubungi wakil pengedar Philips tempatan atau hubungi Pusat Servis Philips yang
terdekat.
Masalah Penyelesaian
Perkakas tidak berjalan Perkakas dipasang dengan suatu sistem keselamatan. Ia tidak akan
berfungsi jika bahagian-bahagiannya tidak dipasangkan dengan betul.
Periksa sama ada bahagian-bahagiannya telah dipasang dengan cara
yang betul, tetapi matikan perkakas terlebih dahulu sebelum berbuat
demikian.
Unit motor mengeluarkan
bau busuk sewaktu
perkakas digunakan pada
beberapa kali pertama.
Ini tidak luar biasa. Jika perkakas terus mengeluarkan bau ini setelah
beberapa kali digunakan, periksa kuantiti yang anda proses serta
tempoh pemprosesan. Setelah perkakas berjalan selama 2 minit,
matikannya dan biarkan ia menjadi sejuk selama 2 minit.
Perkakas membuat bunyi
yang bising, mengeluarkan
bau, terlalu panas untuk
disentuh, berasap, dll.
Matikan perkakas dan buka plag. Hubungi Pusat Servis Phillips
terdekat atau wakil penjaual untuk bantuan lanjut.
Penyaring tersumbat. Matikan perkakas, bersihkan tiub suapan, dan proseskan kuantiti yang
lebih kecil.
Penyaring menyentuh tiub
suapan atau bergetar
dengan kuat semasa
pemprosesan.
Matikan perkakas dan buka palam. Periksa sama ada penyaring telah
ditempatkan dengan betul di dalam pengumpul pulpa. Rusuk di
bawah penyaring mesti muat dengan betul pada aci pemacu. Periksa
sama ada penyaring rosak. Retak, cakera jeriji yang longgar atau apa-
apa keluarbiasaan yang lain boleh menyebabkan pincang tugas.
BAHASA MELAYU 21