Philips HR1619 Cookware User Manual


 
Kuantiti bahan cincang dan masa memproses
Ramuan: Kuantiti Tempoh Kelajuan
Parsli 100g 30saat 12-16
Bawang & telur 500g 7 x 1saat (denyut) 1
Daging 300g 30saat Turbo
Parmesan 300g ~ 60saat. Turbo
Kacang 500g ~ 30saat Turbo
Coklat tanpa susu 200g ~ 45-60saat Turbo
5 Letak tudung di atas mangkuk (1). Putarkan tudung melawan arah jam (2) untuk
menetapkannya (‘klik’) (Gamb. 7).
6 Ketatkan unit motor pada tudung mangkuk (klik’) (Gamb. 8).
7 Letak penolak di dalam tiub suapan.
Nota: Penolak mengelakkan tumpahan.
8 Tekan butang hidup/mati atau butang kelajuan turbo untuk menghidupkan perkakas.
- Apabila anda menggunakan butang hidup/mati, anda boleh melaraskan kelajuan dengan pemilih
kelajuan. Lebih tinggi kelajuan, lebih pendek masa pemprosesan yang diperlukan.
- Apabila anda menggunakan butang kelajuan turbo, perkakas akan beroperasi pada kelajuan
maksimum. Dalam keadaan ini, anda tidak akan dapat melaraskan kelajuan dengan pemilih
kelajuan.
Nota: Jika bahan ramuan terlekat pada dinding mangkuk, lepaskan butang untuk mematikan perkakas
dan leraikan bahan dengan spatula atau tambah sedikit cecair.
Nota: Biarkan perkakas itu menyejuk setiap kali selepas mencincang daging dengan unit mata pisau.
9 Selepas memproses, lepaskan butang hidup/mati atau butang kelajuan turbo untuk mematikan
perkakas. Kemudian tunggu sehingga unit pisau telah berhenti berputar.
10 Tekan butang pelepas penutup pada mangkuk (1) dan kemudian putar penutup mengikut arah
jam untuk menanggalkannya (2). (Gamb. 9)
Petua
- Perkakas mencincang dengan sangat cepat. Jika anda menggunakan butang kelajuan turbo,
gunakannya sebentar sahaja untuk mengelakkan makanan dicincang terlalu halus.
- Jangan biarkan perkakas beroperasi terlalu lama apabila anda mencincang (keras) keju atau
coklat. Jika tidak bahan-bahan ini akan menjadi terlalu panas, mula mencair dan menjadi berketul-
ketul.
- Jangan gunakan unit pisau untuk cincang bahan yang sangat keras seperti biji kopi, kunyit, buah
pala dan kiub ais, kerana ini mungkin menyebabkan mata pisau menjadi tumpul.
Cakera gabungan
Cakera gabungan dimaksudkan untuk penghirisan dan pemayangan sayuran seperti timun, lobak
merah, kentang, lik dan bawang dan jenis keju tertentu. Satu sisi dimaksudkan untuk menghiris dan
yang satu lagi untuk memayang. Anda boleh menukar daripada menghiris kepada memayang dan
sebaliknya hanya dengan memutar cakera tersebut.
Jangan proses bahan keras seperti kiub ais dengan cakera gabungan.
Pinggir keratan cakera gabungan sangat tajam. Jangan sentuhnya.
BAHASA MELAYU44