Philips HR1619 Cookware User Manual


 
Pembersihan (Gamb. 13)
Jangan sesekali rendam unit motor, tudung mangkuk dan unit gandingan pemukul di dalam air.
Bersihkan bahagian-bahagian ini dengan kain lembap.
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen pembersih yang melelas atau cecair yang
agresif seperti petrol atau aseton untuk membersihkan perkakas.
Bersihkan unit mata pisau dan cakera gabungan dengan berhati-hati. Pinggir keratannya adalah
sangat tajam.
1 Tanggalkan plag perkakas.
2 Tekan butang pelepas pada unit motor untuk menanggalkan aksesori yang telah anda gunakan.
3 Alihkan bahagian-bahagian yang boleh tanggal, jika ada.
Petua: Untuk pembersihan pantas bar pengisar, tuang air suam bersama sedikit cecair pencuci ke dalam
bikar, masukkan bar pengisar dan biarkan perkakas beroperasi selama kira-kira 10 saat.
4 Lihat jadual pembersihan yang berasingan untuk arahan lanjut.
Penyimpanan
1 Letakkan penutup pelindung pada bar pengisar dan unit mata pisau.
2 Letakkan unit mata pisau dan cakera gabungan pada pemegang alat dan simpan di dalam
mangkuk.
3 Letakkan tudung di atas mangkuk.
Alam sekitar
- Jangan buang perkakas ini bersama sampah rumah yang biasa pada akhir hayatnya, sebaliknya
serahkan ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat demikian, anda
membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 14).
Memesan aksesori
Untuk membeli aksesori perkakas ini, sila lawati kedai dalam talian kami di www.shop.philips.
com/service. Sekiranya kedai dalam talian tidak terdapat di negara anda, lawatilah pembekal Philips
anda atau pusat servis Philips. Sekiranya anda menghadapi kesukaran mendapatkan aksesori bagi
perkakas anda, sila hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda. Anda boleh menemui
butirannya dalam risalah jaminan sedunia.
Anda boleh memesan pencincang mini pacuan terus (di bawah nombor kod nombor 4203 035
83450) daripada wakil penjual Philips anda atau pusat servis Philips sebagai aksesori tambahan.
Pencincang mini dimaksudkan untuk mencincang sejumlah kecil bahan seperti kacang, daging
(maks.120g selama 5 saat pada kelajuan maksimum) bawang, keju keras (50-100g selama 15 saat
pada kelajuan maksimum), telur rebus, bawang putih, herba, roti kering, dsb.
Jaminan dan perkhidmatan
Jika anda memerlukan servis atau maklumat atau jika anda menghadapi masalah, sila layari laman web
Philips di www.philips.com/support atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara
anda. Anda boleh mendapati nombor telefonnya dalam risalah jaminan sedunia. Jika Pusat Layanan
Pelanggan tidak terdapat di negara anda, temui wakil penjual Philips setempat anda.
BAHASA MELAYU46