Philips HR1619 Cookware User Manual


 
1 Letakkan pemegang alat di dalam mangkuk (Gamb. 5).
2 Letakkan cakera gabungan pada pemegang alat dengan sisi menghiris atau memayang
menghadap ke atas, bergantung kepada hasil yang anda mahukan (Gamb. 10).
3 Letak tudung di atas mangkuk (1). Putarkan tudung melawan arah jam (2) untuk
menetapkannya (‘klik’) (Gamb. 7).
4 Letakkan ramuan dalam tiub suapan.
- Potong bahan yang besar menjadi ketulan yang muat tiub suapan.
- Isi tiub suapan sama rata untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
- Apabila anda perlu memproses jumlah besar bahan-bahan, proses dalam kelompok yang kecil
dan kosongkan mangkuk semasa antara kelompok itu.
- Untuk memayang keju, seperti Parmesan, Gouda atau Emmentaler, keju itu hendaklah pada suhu
peti sejuk.
5 Ketatkan unit motor pada tudung mangkuk (‘klik’) (Gamb. 8).
6 Tekan butang hidup/mati atau butang kelajuan turbo untuk menghidupkan perkakas.
- Apabila anda menggunakan butang hidup/mati, anda boleh melaraskan kelajuan dengan pemilih
kelajuan. Lebih tinggi kelajuan, lebih pendek masa pemprosesan yang diperlukan.
- Apabila anda menggunakan butang kelajuan turbo, perkakas akan beroperasi pada kelajuan
maksimum. Dalam keadaan ini, anda tidak akan dapat melaraskan kelajuan dengan pemilih
kelajuan.
7 Tekan penolak dengan perlahan ke atas bahan di dalam tiub suapan.
8 Selepas memproses, lepaskan butang hidup/mati atau butang kelajuan turbo untuk mematikan
perkakas. Kemudian tunggu sehingga cakera gabungan berhenti berputar.
Pemukul
Pemukul bertujuan untuk memukul krim, memukul putih telur, pencuci mulut dsb.
1 Sambungkan pemukul pada unit gandingan (‘klik’) (Gamb. 11).
2 Sambungkan unit gandingan pada unit motor (‘klik’) (Gamb. 12).
3 Masukkan ramuan ke dalam mangkuk.
Lihat jadual untuk kuantiti dan masa memproses yang disarankan.
Kuantiti memukul dan masa memproses
Ramuan: Kuantiti memukul Tempoh
Krim 250ml 70-90saat
Putih telur 4 biji telur. 120saat
Petua: Apabila anda memukul putih telur, gunakan mangkuk besar untuk hasil terbaik.
Petua: Apabila anda memukul krim, gunakan bikar untuk mengelakkan percikan.
4 Pasang plag ke dalam soket dinding dan tekan butang hidup/mati.
Petua: Untuk mengelakkan percikan, mulakan pada tetapan kelajuan rendah dan teruskan dengan
kelajuan lebih tinggi selepas lebih kurang 1 minit.
5 Selepas kira-kira 1 minit, anda boleh menekan butang turbo untuk meneruskan pada kelajuan
turbo.
BAHASA MELAYU 45