Philips HD4755 Rice Cooker User Manual


 

- Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian daripada pengilang lain atau yang
tidak disyorkan secara khusus oleh Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian
sedemikian, jaminan anda menjadi tidak sah.
- Gunakan hanya senduk nasi yang disediakan. Elakkan menggunakan perkakas yang tajam.
- Jangan dedahkan pemasak nasi pada suhu yang tinggi, atau letakkannya di atas pemanas atau
dapur yang sedang berfungsi atau masih panas.
- Sentiasa masukkan periuk dalam sebelum anda memasukkan plag ke dalam soket dinding.
- Sentiasa tekan butang KEEP-WARM/OFF sekali sebelum anda mencabut plag periuk pemasak
nasi.
- Sentiasa cabutkan plag pemasak nasi dan biarkan sehingga sejuk sebelum anda membersihkannya.
- Jangan letakkan periuk dalam terus di atas api terbuka untuk memasak nasi.
- Perkakas ini dimaksudkan untuk digunakan dalam rumah dan penggunaan yang serupa seperti:
- kawasan dapur kakitangan di kedai, pejabat dan persekitaran kerja;
- kediaman di ladang;
- oleh klien di hotel, motel dan persekitaran penginapan yang lain;
- persekitaran jenis inap-sarapan.
- Perkakas ini dimaksudkan untuk kegunaan dalam rumah sahaja. Jika perkakas ini disalahgunakan
atau untuk tujuan profesional atau semiprofesional atau jika ia digunakan tidak mengikut arahan
yang terdapat dalam manual pengguna ini, jaminan menjadi tidak sah dan Philips tidak
menerima tanggungjawab bagi sebarang kerosakan yang berlaku.
- Letakkan periuk pemasak nasi pada permukaan yang stabil, mendatar dan rata.
- Permukaan yang dapat dicapai mungkin menjadi panas apabila perkakas beroperasi.
- Berhati-hati dengan stim panas yang keluar dari bolong stim semasa memasak atau yang keluar
dari periuk pemasak nasi semasa anda membuka tudungnya.
- Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas digunakan.
- Jangan angkat dan pindahkan periuk pemasak nasi dengan tangkainya semasa ia sedang
beroperasi.

Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintik yang boleh didapati pada masa ini.

Keluarkan alas di antara periuk dalam dan plat pemanas.
1 Bersihkan bahagian berasingan periuk pemasak nasi dengan sempurna sebelum menggunakan
perkakas pada kali pertama (lihat bab ‘Membersihkan’). Pastikan semua bahagiannya betul-
betul kering sebelum anda mula menggunakan perkakas.
2 Pasangkan pemegang senduk pada jasad utama periuk pemasak nasi (Gamb. 2).


1 Ukur beras menggunakan cawan penyukat yang disediakan.
Setiap cawan beras biasanya memberikan 2 mangkuk nasi. Jangan lebihi kuantiti yang ditunjukkan
pada permukaan dalam periuk dalam. 1cawan nasi adalah kira-kira 180ml.
- HD4751: 1-5.5 cawan beras
- HD4755: 2-10 cawan beras
 39