Paparan mengira detik dalam minit (10, 9, 8 dsb.) semasa 10 minit terakhir proses memasak.
Jadual di bawah menunjukkan anggaran masa memasak dalam setiap mod. Masa memasak sebenar
berbeza-beza bergantung pada voltan, suhu bilik, kelembapan dan jumlah air yang digunakan.
Fungsi Anggaran masa memasak
(minit)
Masa kira detik sehingga siap
(minit)
Biasa 40-50 10
Cepat 30-40 10
Jumlah kecil 40-50 10
Stim* 10-60 n.a. (tidak berkenaan)
Kek 40-50 tidak berkaitan
Kaserol* 45-60 tidak berkaitan
Sup* 30-240 tidak berkaitan
Bubur* 30-240 tidak berkaitan
Panaskan semula 23 tidak berkaitan
* Perhatian: Untuk melihat masa kira detik, tekan butang COOKING TIME.
10 Buka tudung dan kacau nasi agar rata (Gamb. 10).
Untuk hasil terbaik, lakukan sebaik saja periuk pemasak nasi beralih ke mod simpan panas. Kemudian
tutup tudung dengan rapi. Mengacau nasi membolehkan stim keluar. Ini akan menjadikan nasi lebih
lembut.
11 Tekan butang KEEP-WARM/OFF sekali untuk membatalkan proses memasak, tetapan pra-
tetap atau apabila ia berada dalam mod simpan panas (Gamb. 11).
Lampu masak/panas semula mula berkelip.
Periuk pemasak nasi mempunyai memori sandaran yang menyimpan mod, fungsi dan tetapan yang
terakhir dipilih sekiranya berlaku kegagalan kuasa. Prose memasak atau fungsi pemasa akan
disambung semula dalam masa 2 jam selepas bekalan kuasa dipulihkan.
Sentiasa tekan butang KEEP WARM/OFF sekali sebelum mencabut plag periuk pemasak nasi, jika
tidak mod, fungsi dan tetapan yang terakhir dipilih akan disambung semula apabila plag periuk
pemasak nasi dipasang semula.
12 Cabut plag periuk pemasak nasi untuk mematikkannya.
1 Ikut langkah 1 hingga 7 dalam bahagian ‘Memasak nasi’.
Jangan melebihi isipadu yang ditunjukkan dalam jadual untuk memasak bubur nasi, kerana ini boleh
menyebabkan periuk pemasak nasi membuak.
2 Tekan butang MENU untuk memilih mod memasak bubur nasi (Gamb. 12).
3 Tekan butang MASA MEMASAK untuk menetapkan masa memasak yang
dikehendaki (Gamb. 13).
, Masa memasak lalai selama 1 jam dipaparkan.
, Untuk melihat masa memasak yang dipratetap, tekan butang MASA MEMASAK.
, Tekan butang HR dan/atau MIN untuk menetapkan masa yang dikehendaki. Anda boleh
menetapkan sebarang masa antara 30 minit dan 4 jam (Gamb. 14).
41