Philips HD4755 Rice Cooker User Manual


 
4 Tekan butang KEEP-WARM/OFF sekali untuk membatalkan proses memasak, tetapan pra-
tetap atau apabila ia berada dalam mod simpan panas.
5 Cabut plag periuk pemasak nasi untuk mematikkannya.

Mod ini membolehkan anda menyimpan panas nasi anda untuk tempoh yang lebih panjang.
Tekan butang KEEP-WARM/OFF dua kali untuk mengaktifkan mod simpan panas.
Nota: Lampu simpan panas menyala berterusan.
Anda dinasihati agar menghangatkan nasi tidak lebih daripada 12 jam untuk mengekalkan rasanya.
Semasa proses simpan panas, paparan menunjukkan masa dalam jam daripada 0 hingga 11 (0HR,
1HR ...11HR). Selepas 12 jam, paparan akan bertukar ke masa semasa.
Selepas 12 jam, mod simpan panas akan tamat dan lampu masak/panas semula akan berkelip.
Tekan butang KEEP-WARM/OFF sekali dan cabut plag dari soket dinding untuk mematikan periuk
pemasak nasi.

Anda boleh menggunakan pemasa untuk fungsi memasak nasi dan mod mengukus, memasak sup
dan memasak bubur nasi.
Tekan butang PEMASA untuk menetapkan masa yang anda hendak makanan itu siap untuk dimakan.
Anda boleh menetapkan masa daripada 0 minit sehingga 23 jam.

1 Tekan butang MENU untuk memilih mod memasak nasi yang dikehendaki. (Gamb. 25)
2 Untuk menetapkan masa siap nasi, tekan butang PEMASA sekali dan kemudian guanakan
butang HR dan/atau MIN untuk menetapkan masanya.
, Anda boleh contohnya menggunakan butang PEMASA untuk menetapkan masa siap nasi pada
pukul 18:30 (Gamb. 26).
3 Tekan butang COOK/REHEAT untuk memulakan pemasa dan proses memasak. (Gamb. 27)
Lampu masak/panas semula berkelip dan lampu pemasa menyala berterusan. Paparan menunjukkan
masa sekarang. Untuk melihat masa yang dipratetapkan, tekan butang TIMER sekali.
Apabila proses memasak bermula, lampu masak/panas semula mula menyala berterusan dan lampu
pemasa padam.
Jika masa yang dipratetap lebih singkat daripada jumlah masa memasak yang diperlukan bagi fungsi
memasak nasi yang dipilih, periuk pemasak nasik akan memulakan proses memasak dengan segera .

1 Tekan butang MENU untuk memilih mod memasak bubur nasi, memasak sup atau mengukus.
. (Gamb. 28)
2 Tekan butang MASA MEMASAK untuk menetapkan masa memasak yang dikehendaki. Untuk
masa memasak lihat bahagian ‘Memasak bubur nasi’, ‘Memasak sup’ atau
‘Mengukus’ (Gamb. 29).
3 Ikut langkah 2 hingga 3 di bawah tajuk ‘Menetapkan masa siap nasi’ di atas.


1 Pasang plag ke dalam periuk pemasak nasi.
2 Tekan butang HR dan MIN untuk menetapkan masa.
Masa pada paparan mula berkelip.
Anda boleh mempercepatkan masa dengan menekan dan menahan butang HR atau MIN.
 45