Masa tidak boleh dilaraskan semasa proses memasak atau menyimpan panas.
3 Untuk mengesahkan masa, jangan tekan sebarang kekunci selama 5 saat selepas menetapkan
masa. Masa telah disahkan apabila masa yang ditunjukkan pada paparan berhenti berkelip.
Cabutkan plag perkakas setiap kali sebelum anda mula membersihkannya.
Tunggu sehingga periuk pemasak nasi telah sejuk secukupnya sebelum membersihkannya.
Untuk melindungi salutan tidak lekat pada periuk, jangan:
- gunakan periuk dalam untuk membasuh pinggan;
- tuangkan cuka ke dalam periuk.
1 Angkat keluar dulang kukus dan periuk dalam dari perkakas.
2 Tanggalkan tudung dalam dari tudung luar dengan menekan tab pelepas tudung dan menarik
tudung dalam ke luar dan ke bawah. (Gamb. 30)
Untuk memasang semula tudung dalam, luncurkan bahagian hujung atas tudung dalam ke dalam
tudung luar dan tekan tab pelepas dengan kukuh ditempatnya (‘klik’).
3 Tanggalkan tukup bolong stim dari tudung luar dengan menariknya ke atas (Gamb. 31).
, Untuk mengeluarkan penutup bawah tukup bolong stim, luncurkan tab penguncian kepada
‘buka’ dan tanggalkan penutup daripada engselnya (Gamb. 32).
, Untuk memasang semula penutup bawah tukup bolong stim, slot masukkan penutup pada
engsel, luncurkan tab penguncian pada ‘tutup’ dan tolak penutup bawah pada tukup
(‘klik’) (Gamb. 33).
, Untuk mengembalikan tukup bolong stim pada lubang stim di tukur luar masukkannya ke
dalam lubang dan tekannya ke bawah dengan kukuh (Gamb. 34).
4 Bersihkan periuk dalam, dulang kukus dan senduk dengan span atau kain di dalam air panas
dengan cecair pencuci.
Jangan gunakan agen pembersih yang melelas, kain penyental atau alatan logam untuk
membersihkan periuk dalam kerana ini akan merosakkan salutan tidak lekat.
5 Gunakan hanya kain yang lembap untuk mengesat permukaan luar dan dalam jasad utama
periuk pemasak nasi.
Jangan sekali-kali tenggelamkan jasad periuk pemasak nasi di dalam air, atau membilasnya di bawah
pili air. Kesat plat pemanas dengan kain kering.
, Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada akhir hayatnya, tetapi bawanya ke pusat
pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan sedemikian anda akan membentu
memelihara alam sekitar (Gamb. 35).
Jika anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat atau jika anda menghadapi masalah, sila lawati
laman web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda
(anda boleh mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika Pusat Layanan
Pelanggan tidak terdapat di negara anda, hubungi wakil penjual Philips tempatan anda.
46