Philips HD4755 Rice Cooker User Manual


 
Nota: Sapukan periuk dalam dengan sedikit mentega dan kemudian tuangkan adunan kek ke dalamnya.
Nota: Tekan butang MENU untuk memilih mod membakar kek.
Nota: Apabila periuk pemasak nasi membunyikan bip untuk menunjukkan proses membakar selesai,
tekan butang KEEP-WARM/OFF sekali dan angkat keluar periuk dalam daripada periuk pemasak.
Nota: Biarkan kek sejuk, kemudian pusingkan periuk dalam ditelungkupkan untuk membolehkan kek
keluar dari periuk dalam pada pinggan

Anda boleh menggunakan mod kaserol untuk membuat resipi nasi belanga tradisional. Kerak yang
agak garing akan terbentuk di bahagian bawah nasi.
1 Masukkan beras yang telah dibasuk ke dalam pot dalam dan tambahkan jumlah air yang sesuai.
Ikut kuantiti beras yang disebutkan dalam jadual di bahagian ‘Memasak nasi’.
Tambahkan jumlah air yang sepadan dengan jadual di bahagian ‘Memasak nasi’.
2 Ikut langkah 1 hingga 7 dalam bahagian ‘Memasak nasi’.
3 Tekan butang MENU untuk memilih mod memasak kaserol (Gamb. 18).
4 Tekan butang MASAK/PANAS SEMULA untuk memulakan proses memasak
kaserol (Gamb. 19).
Lampu masak menyala dan proses pengukusan bermula.
5 Apabila nasi telah siap, periuk pemasak nasi membunyikan bip selama 2 minit dan lampu masa/
panas semula mula berkelip (Gamb. 20).
6 Masukkan bahan-bahan untuk kaserol dengan meletakkannya di atas nasi. Tutup dengan tudung
dan tekan butang MASAK/PANAS SEMULA sekali lagi untuk menyambung proses memasak.
, Jika anda tidak menekan butang MASAK/PANAS SEMULA, periuk pemasak nasi akan
menyambung proses memasak kaserol secara automatik.
, Apabila proses memasak telah selesai, lampu masak akan padam dan lampu simpan panas akan
menyala untuk menunjukkan bahawa periuk pemasak nasi telah beralih ke mod simpan panas
secara automatik.
7 Tekan butang KEEP-WARM/OFF sekali untuk membatalkan proses memasak, tetapan pra-
tetap atau apabila ia berada dalam mod simpan panas.
8 Cabut plag periuk pemasak nasi untuk mematikkannya.
Resipi: Nasi claypot Ayam & sosej Cina
Bahan-bahan: 3 cawan beras; 300g potongan ayam; 200g sosej Cina, dihiris; 1 inci halia, dihiris; 1 sudu
besar minyak; garam dan gula.
Nota: Perapkan ayam dengan sedikit garam dan gula.
Nota: Masukkan beras yang sudah dibasuh di dalam periuk dalam dan isi dengan air sehingga penunuk
aras 3 cawan. Tekan butang MENU untuk memilih mod memasak kaserol dan tekan butang MASAK/
PANAS SEMULA untuk memasak.
Nota: Apabila periuk pemasak nasi membunyikan bip menunjukkan nasi telah siap, bubuh bahan-
bahannya di dalam periuk dalam dan ratakan di atas nasi.
Nota: Selepas proses memasak kaserol selesai, taburkan sedikit bawang kecil yang telah dicincang di
atasnya dan hidangkan kaserol panas-panas.

1 Sukat 3 cawan air dengan cawan penyukat dan tuangkannya ke dalam pot dalam.
Jumlah air berbeza-beza menurut kuantiti makanan yang sedang dikukus.
 43