Philips HD4918 Cooktop User Manual


 
4 Paparan
5 Butang turbo
6 butang +/- (untuk menetapkan masa memasak, tahap kuasa dan suhu
memasak)
7 Butang mula
8 Butang kuasa hidup/mati
Paparan
1 Simbol Kuasa (W)/suhu (°C)
2 Tahap kuasa
3 Simbol ralat
4 Masa memasak
5 Penunjuk pemasa
6 Simbol mod memasak pratetap
7 Penunjuk masa memasak/tahap kuasa/suhu memasak
Penting
Baca buku panduan pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpannya untuk rujukan masa depan.
Bahaya
Jangan sesekali tenggelamkan perkakas ke dalam air atau membilasnya
di bawah air paip.
Amaran
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan
dengan voltan sesalur kuasa setempat sebelum anda menyambungkan
perkakas.
Sambungkan perkakas hanya kepada soket dinding terbumi. Sentiasa
pastikan plag dimasukkan dengan rapi ke dalam soket.
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa atau perkakas itu
sendiri rosak.
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis
yang dibenarkan oleh Philips atau pihak yang telah diluluskan bagi
mengelakkan bahaya.
Perkakas ini tidak digalakkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau
kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diawasi atau
diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan mereka tidak
bermain dengan perkakas itu.
Jauhkan kord sesalur kuasa dari capaian anak-anak. Jangan biarkan kord
sesalur kuasa tergantung melepasi pinggir meja atau permukaan tempat
kerja di mana perkakas berada.
Pastikan plat memasak bersih dan kering sebelum anda menghidupkan
perkakas .
Jangan tutup bolong stim semasa periuk aruhan sedang beroperasi.
Jangan pasang plag perkakas atau mengendalikan panel kawalan dengan
tangan yang basah.
Jangan sentuh plat memasak selepas memasak, kerana ia mengekalkan
haba daripada alat memasak.
Objek logam seperti pisau, garfu, sudu dan penutup periuk tidak harus
diletakkan pada plat memasak kerana ia boleh menjadi panas.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
BAHASA MELAYU 21