mengalihkan alat memasak daripada plat memasak apabila anda sedang
memasak, periuk akan mengeluarkan bunyi bip secara berterusan,
paparan menjadi pegun dan menunjukkan tanda ‘!’ yang berkelip.
Periuk ini akan mati secara automatik setelah 1 minit melainkan anda
meletakkan alat memasak ini kembali pada plat memasak dalam masa
satu minit ini.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan
elektromagnet (EMF). Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan
dalam manual pengguna ini, perkakas selamat untuk digunakan menurut
bukti saintik yang boleh didapati pada masa ini.
Sebelum penggunaan pertama
Keluarkan semua bahan pembungkusan daripada periuk aruhan.
Bersedia untuk menggunakannya
1
Letak perkakas di atas permukaan yang kering, stabil dan rata.
2 Pastikan terdapat sekurang-kurangnya 10cm ruang kosong di
sekeliling perkakas untuk mengelakkan daripada pemanasan
melampau.
3 Sentiasa letakkan alat memasak pada zon memasak apabila memasak.
4 Pastikan anda menggunakan alat memasak dari jenis dan saiz yang
betul (kihat jadual di bawah).
Jenis dan saiz alat memasak yang disarankan
Alat memasak yang sesuai untuk
periuk aruhan
Bahan Alat memasak dengan dasar yang dibuat daripada besi atau keluli
tahan karat magnetik
Bentuk Alat memasak dengan dasar yang leper
Saiz Alat memasak dengan diameter dasar selebar 12-22cm,
bergantung kepada mod memasak (liihat petua di bawah)
Berat Alat memasak dengan berat sehingga 7kg (termasuk kandungan)
Alat memasak TIDAK sesuai
untuk periuk aruhan
Bahan Alat memasak dengan dasar yang dibuat daripada logam bukan besi,
kristalit, kaca, aluminium dan tembaga
Bentuk Alat memasak dengan dasar yang cekung atau cembung
Saiz Alat memasak dengan diameter dasar kurang daripada 11cm
Berat Alat memasak dengan berat lebih daripada 7kg (termasuk
kandungan)
BAHASA MELAYU 23