Philips HD4918 Cooktop User Manual


 
4 Jika anda hendak melaraskan tahap kuasa atau suhu memasak, tekan
butang + dan - .
Sesetengah tetapan tidak boleh dilaraskan. Lihat jadual di atas untuk
mendapatkan maklumat mengenai tetapan yang boleh atau tidak boleh
dilaraskan dalam mod pratetap.
Jika tahap kuasa boleh dilaraskan, ‘W’ ditunjukkan pada paparan dan tahap
kuasa berkelip. Jika suhu boleh dilaras, ‘C’ muncul pada paparan.
Nota: Anda juga boleh melaraskan tahap kuasa atau suhu memasak semasa
sedang memasak.
5 Jika anda hendak melaraskan masa memasak:
Tekan butang Jam:Min.
Laraskan masa dengan butang + dan - .
Nota: Apabila anda menekan butang + dan - sebentar, masa meningkat atau
menurun sebanyak 1 minit. Apabila anda menekan butang itu lebih lama,
masa meningkat atau menurun selama 5 minit.
Nota: Anda juga boleh melaraskan masa memasak semasa sedang memasak.
6 Tekan butang Start.
Periuk aruhan mula beroperasi menurut mod yang dipilih secara
automatik.
Semasa memasak, kipas dihidupkan untuk menyejukkan perkakas.
Apabila anda mematikan perkakas, kipas tetap hidup selama lebih
kurang1 minit dan kemudian mati secara automatik.
Paparan menunjukkan baki masa memasak.
Apabila masa memasak telah berlalu, perkakas akan mengeluarkan
bunyi bip beberapa kali. Perkakas mati secara automatik dan lampu
kuasa hidup akan padam.
Nota: Jika anda hendak menghentikan pemasakan, tekan butang Kuasa
hidup/mati . Perkakas kemudian dimatikan.
Menggunakan pemasa
Anda boleh menggunakan butang Pemasa untuk menetapkan masa
yang anda kehendaki perkakas mula memasak pada mod memasak yang
dipratetapkan.
Sebagai contoh: jika masa sekarang adalah jam 14:00 dan anda hendak
perkakas mula memasak pada jam 18:00, tetapkan pemasa pada 4.00 (4
-
-
,
,
,
,
BAHASA MELAYU28