Philips HD4918 Cooktop User Manual


 
jam) dan tekan butang Mula. Setelah 4 jam, pada jam 18:00, perkakas mula
memasak secara automatik.
Anda boleh menggunakan fungsi pemasa untuk mod Stew, Sup/Bubur,
Steam-Lo dan Steam-Hi.
Anda boleh menenetapkan masa mula selama 5 minit hingga 12 jam.
1 Ikut langkah 1 hingga 5 daripada bahagian ‘Menggunakan mod
memasak pratetap’.
2 Tekan butang Pemasa.
3 Tekan butang + dan - untuk menetapkan bilangan minit atau jam anda
kehendaki perkakas mula memasak.
Nota: Tekan butang + atau - sebentar untuk meningkatkan atau
mengurangkan masa sebanyak 5 minit. Apabila anda menekan butang + atau
- butang lebih lama, masa akan meningkat atau mengurang sebanyak 1 jam.
4 Tekan butang Mula untuk memulakan pemasa.
Lampu pemasa menyala.
Paparan mula mengira detik masa.
Apabila proses memasak bermula, lampu pemasa padam dan paparan
menunjukkan bahawa proses memasak telah bermula.
Pembersihan dan penyenggaraan
Pembersihan
Jangan sesekali tenggelamkan perkakas ke dalam air atau membilasnya di
bawah air paip.
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen pembersih yang
melelas atau cecair yang agresif seperti petrol atau aseton untuk
membersihkan perkakas.
Jangan letak cuka pada plat memasak kristalit.
1 Cabutkan plag perkakas dan biarkannya menjadi sejuk.
2 Bersihkan perkakas dengan kain yang lembap dan jika perlu, dengan
sedikit agen pembersih yang lembut.
Penyelenggaraan
Penggunaan tidak betul boleh menyebabkan retak pada plat memasak.
Untuk mengelakkan daripada turun warna dan calar, gunakan perkakas
mengikut arahan dalam manual pengguna dan sentiasa bersihkan perkakas
dan alat memasak dengan betul selepas digunakan.
,
,
,
BAHASA MELAYU 29