Philips HD4918 Cooktop User Manual


 
Jangan tutup mana-mana bahagian plat memasak dengan aluminium
untuk mencegah risiko kejutan elektrik, litar pintas atau kebakaran.
Jika permukaan plat memasak retak, matikan perkakas dan jangan
gunakannya lagi untuk mencegah risiko kejutan elektrik, litar pintas atau
kebakaran.
Awas
Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian dari
pengilang lain atau yang tidak disarankan secara khusus oleh Philips. Jika
anda menggunakan aksesori atau bahagian yang sedemikian, jaminan
anda akan dibatalkan.
Jangan dedahkan periuk aruhan kepada suhu yang tinggi, gas panas,
stim atau haba yang lembap. Jangan letakkan periuk aruhan di atas atau
berhampiran dengan dapur yang sedang digunakan atau yang masih
panas.
Sentiasa matikan perkakas sebelum anda mencabut plagnya.
Sentiasa cabutkan plag perkakas dan biarkan sehingga sejuk sebelum
anda membersihkannya.
Perkakas ini bertujuan untuk kegunaan dalam rumah sahaja. Jika
perkakas ini disalahgunakan atau untuk tujuan profesional atau
semiprofesional atau jika ia digunakan tidak mengikut arahan yang
terdapat dalam manual pengguna, jaminan menjadi tidak sah dan Philips
tidak menerima tanggungjawab bagi apa-apa kerosakan yang berlaku.
Letakkan periuk aruhan di atas permukaan yang stabil, mendatar dan
rata serta pastikan terdapat sekurang-kurangnya 10cm ruang kosong di
sekelilingnya untuk mengelakkan daripada pemanasan melampau.
Jangan letak apa-apa di antara alat memasak dan plat memasak.
Berat maksimum yang boleh diletakkan di atas periuk aruhan ialah 7kg.
Berwaspadalah terhadap stim panas yang keluar daripada alat
memasak semasa memasak atau apabila anda membuka penutupnya.
Jangan angkat atau pindahkan periuk aruhan semasa ia sedang
beroperasi.
Jangan letak alat memasak yang kosong di atas periuk aruhan yang
telah dihidupkan, kerana ini boleh menyebabkan alat memasak tersebut
menjadi herot benyot atau gegelung pemanasan menjadi rosak.
Jangan simpan bahan dan cecair mudah terbakar berhampiran atau di
atas periuk aruhan.
Elakkan sentuhan yang kuat antara alat memasak atau objek lain dengan
plat memasak kristalit.
Sentiasa letakkan alat memasak pada zon memasak apabila memasak.
Jangan sambungkan perkakas ini dengan suis pemasa atau sistem
kawalan jauh untuk mengelakkan situasi yang berbahaya.
Jangan guna alat memasak yang mempunyai diameter dasar periuk
lebih daripada 16cm untuk menggoreng makanan (dengan minyak yang
banyak), kerana ini menyebabkan perkakas ini malfungsi.
Pematian automatik
Perkakas ini dilengkapi dengan pematian automatik. Ia akan mati secara
automatik dalam dua keadaan:
Dalam mod Quick start (manual) dan mod Hot pot, perkakas ini akan
mati secara automatik jika anda tidak menekan sebarang butang selama
60 minit.
Jika tiada alat memasak di atas plat memasak atau jika alat memasak
itu tidak sesuai, apabila anda menekan butang mula atau jika anda
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
BAHASA MELAYU22