Philips HD4918 Cooktop User Manual


 
Jika anda telah menetapkan masa memasak, paparan akan
menunjukkan baki masa memasak.
Apabila masa memasak telah berlalu, perkakas akan mengeluarkan
bunyi bip beberapa kali. Perkakas mati secara automatik dan lampu
kuasa hidup akan padam.
Nota: Jika anda hendak menghentikan pemasakan, tekan butang Kuasa
hidup/mati . Perkakas kemudian dimatikan.
7 Cabut plag selepas memasak.
Menggunakan mod memasak pratetap
Anda boleh memilih antara 8 mod memasak pratetap.
1 Masukkan plag sesalur kuasa ke dalam soket dinding dan tekan butang
Kuasa hidup/mati untuk menghidupkan perkakas.
Lampu kuasa hidup menyala dan paparan menunjukkan bar kuasa dan
tetapan kuasa lalai (1400W).
2 Tekan butang mod pratetap yang anda hendak gunakan.
Nota: Sebelum anda menekan butang Mula untuk mengesahkan mod yang
anda pilih, anda masih boleh beralih ke sebarang mod pratetap yang lain. Jika
anda hendak menukar ke mod pratetap lain setelah anda menekan butang
mula, anda hendaklah mematikan perkakas dengan menekan butang Kuasa
hidup/mati. Kemudian tekan butang Kuasa hidup/mati sekali lagi untuk
menghidupkan perkakas semula dan memilih mod pratetap yang dikehendaki.
Lampu penunjuk di atas butang menyala.
Simbol mod yang sepadan muncul pada paparan.
3 Jika anda hendak memulakan pemasakan pada tetapan lalai mod
pratetap yang dipilih, teruskan dengan langkah 6.
Lihat tetapan lalai dan jadual masa memasak di atas untuk mendapatkan
tetapan lalai dalam mod memasak yang berlainan.
,
,
,
,
,
BAHASA MELAYU 27